Dah lama tak update blog aku ni, aku cuba faham orang dengar kata orang dan juga terima apa sahaja yang mereka katakan. Betul ramai yg suruh gi berlajar untuk jadi pandai dan sewaktunya. Problem nya sekarang aku tak nak rasa rugi duit atau tidak lulus lagi. Bedek lah aku tak cemburu tengok kawan2 semua pandai.
Nak ambil course tu boleh tapi duit tambahan naik grab turun grab ade orang nak sponsor ke sekiranya aku punya sakit datang tiba2. Betul orang akan cakap aku belum start exam dah cakap fail tapi kenyataan gitu aku tetap fail walau macam mana aku berlajar tetap bila part exam masih fail nak cakap apa kan.
Perasaan fail untuk aku satu terlalu dalam sekali sampai emo aku tak terkawal dulu lah rasa macam nak bunuh diri atau dengan sendirinya aku akan cakap diri aku ini bodoh lembab semua lah ni semua dari feeling zaman primary sampai secondary. Lepas tu aku buat keputusan cari kerja aje untuk busy kan diri ignore semua problem aku, yang pengting duit masuk aku happy kasi mak duit dah happy. Lepas tu problem kerja problem pula asik mc queen orang fikir kita sakit main2 dah namanya MC mestilah sakitkan. Antara sakitnya adalah semput atau cramp ni dua aje lah.
Ni kisah lepas kahwin pula, ingat kan nak gembira dah jumpa orang yg akan faham kita tapi rupanya aku telah di rebound cinta adui. Lepas tu aku down lagi sakit baru pula datang macam2 lah yang aku dah rasa cuma yang aku boleh sebut chronic constipation dengan menses cramp yang boleh bawa sampai demam. Aku stress mana yang aku kena fikir trust kepada suami dengan diri sendiri plus anak. Lepas tu bila sakit aku makin teruk sampai diri sendiri dah giveup akhirnya aku hilang orang yang aku cinta and again i fail again.
Lepas tu sekarang aku gembira sebab masih ade kerja cuma kadang2 tu rasa takut hilang kerja juga lah. Bila kat kerja memang focus kerja, cuma bila part breaktime mesti lah fikir anak dengan mak sendiri dia org tengah buat apa eh gitu. Tempat kerja mestilah ade stress juga cuma aku tak bawak balik problem tu balik senyum wash up makan masuk bilik bedrest tengok youtube tenang kan diri itu aje.Bila aku baring bedrest aje tummy cramp tak attack sangat. Aku pun ade teringin nak merayap2 macam dulu tapi sayangnya aku dah tak kuat jalan2 kakiku senang cramp simpul biawak, dengan duit aku cukup2 makan aje. Cuba faham perasaan ini itu tak boleh ini tak boleh sedih tak stress tak. Ok lah stop kat sini aje sebab airmata dah nak jatuh cannot focus type lagi.
#mintamaafbrokenmalay
#berapabanyaklepastu
No comments:
Post a Comment